Abdullah Yasin
Muslim CentralDr. Abdullah bin Yasin telah dilahirkan di Batam, Riau, Indonesia pada 1946. Beliau mendapat pendidikan peringkat BA di Institut Agama Islam Pekan Baru dan seterusnya melanjutkan pelajarannya (LC) di bidang Dakwah Usuluddin (1976) di Universiti Madinah. Selanjutnya beliau meneruskan pelajarannya didalam bidang Ilmu Fiqh (1980) di Universiti Imam Mohammad Ibnu Sa'ud di Riyadh, Arab Saudi. Dr Abdullah Yassin dianugerahkan PhD di dalam Islamic Stidies (1994) dari American Coastline University New Orleans, Lousiana.
Selesai pendidilkannya, Dr. Abdullah Yasin mula bekerja sebagai Pendakwah di bahagian Islamic Counsellor di Kedutaan Arab Saudi, Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 1980 sehingga tahun 2006. Beliau kemudiannya telah menjadi tenaga pengajar bantuan dari kedutaan Arab Saudi ke Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis dari tahun 2006 sehingga tahun 2009. Sekarang Dr. Abdullah Yasin adalah pendakwah bebas yang juga telah menerbitkan lebih 40 kitab agama dalam pelbagai bidang, antara yang paling utama adalah Mengenal Allah melalui Al-Asma Al-Husna, Tafsir Al-Furqan (17 Juzuk), Aqidah Ahlus Sunah Wa Jamaah (3 Jilid), Ke Arah Memahami Al-Quran dan Al-Hadis (5 Jilid) dan banyak lagi.
- No. of episodes: 39
- Latest episode: 2020-10-06
- Religion & Spirituality Islam